Agensi UAG (Uni.Asia General)

September 4, 2014

Setiap kes insurans kereta saya menawarkan diskaun sebanyak 5% keatas premium tahunan. Perkhidmatan MyEG pula saya ‘charge’ sebanyak RM15.00 (Ringgit Malaysia: Lima Belas) sahaja. Anda hanya perlu Whatsapp info kereta anda ke 012.670.0096 dan saya akan berikan nasihat terbaik untuk insurans kereta anda.

Perunding Kewangan Islam

May 5, 2009

 

freequotatiom~02

SAR GROUP (MH009)

708, Blok B, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1

Jalan Damansara, 43650 Petaling Jaya

012.681.5812 / 012.670.0096

Yusri Mat Salleh

niattakaful@yahoo.com

medicalcard

 

Sabda Rasulullah S.A.W.

amalan-bermula-niat

Maksudnya:

“Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya”

Firman Allah S.W.T.

alhaj78

Terjemahan:

“Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan dan kesempitan dalam perkara agama”

(Surah Al-Haj: 78)

 

Prinsip Takaful

May 5, 2009

Islam bukan agama yang menumpukan perhatian kepada urusan ibadat sahaja tetapi syariat Islam merangkumi keseluruhan aspek hidup.

Antara ajarannya ialah menyeru umatnya agar sentiasa berusaha untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anggota masyarakat yang kurang upaya.

Allah S.W.T. berfirman:

al-baqarah-177

“Bukanlah kebajikan itu menghadapkan wajah kamu ke timur dan ke barat, akan tetapi kebajikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan oarang yang memberi harta yang disukainya kepada kaum kerabatnya, anak-anak yatim, ornag-orang miskin, musafir, orang-orang yang meninta-minta dan memerdekakan hamba sahaya…”

(Surah Al-Baqarah: 177)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa Islam memandang berat kebajikan manusia dan membicarakannya dalm ayat yang sama dengan solat dan zakat, dua daripada rukun Islam.

Meringankan beban orang yang kurang upaya merupakan satu ibadah sekiranya didasarkan dengan niat ikhlas kerana Allah.

Konsep inilah menjadi satu prinsip yang wujud dalam amalan sistem takaful, di mana peserta-peserta pelan bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satu sama lain.

Sikap ini sebenarnya jelas daripada tuntutan Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang terdapat dalam hadith mengenai perumpamaan orang-orang mukmin yang dinyatakan dalam bab sebelum ini.

Sehubungan dengan ini para ulama telah meletakkan tiga (3) prinsip yang menjadi teras kepada konsep takaful iaitu saling tolong-menolong, saling berkorban dan saling menjamin.

PRINSIP SALING TOLONG-MENOLONG

Prinsip saling bekerjasama atau saling tolong-menolong antara satu sama lain sangat digalakkan oleh Islam.

Firma Allah S.W.T.:

al-maidah-2

“Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara yang menimbulkan permusuhan.”

(Surah Al-Maidah: 2)

Di dalam ayat yang lain Allah S.W.T. berfirman:

al-taubah-71

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain…”

(Surah Al-Taubah: 71)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

“Allah S.W.T. sentiasa menolong hambanya selagi hambanya menolong saudaranya.”

(Riwayat Al-Tarmizi)

Tolong-menolong amat dituntut oleh Islam dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan. Dalam takaful konsep ini dilaksanakan melalui persetujuan para peserta untuk melepaskan sumbangan takaful sebagai tabarru.

PRINSIP SALING BERKORBAN

Prinsip pengorbanan telah ditunjukkan melalui konsep jihad yang sangat ditekankan di dalam Islam. Melalui jihad, seseorang itu mengorbankan masa, tenaga, harta dan darahnya untuk memastikan agar orang lain mendapat manfaat daripada pengorbanan yang mereka lakukan.

Allah S.W.T. berfirman:

al-taubah-19-20

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang yang menunaikan haji dan mengurus Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

(Surah Al-Taubah: 19-20)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa berkorban dan berhijad di jalan Allah adalah lebih tinggi darjatnya daripada amalan menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci.

Dalam hadith banyak menceritakan dan mengalakkan umat Islam untuk melakukan pengorbanan.

Antaranya sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Orang Muslim yang melibatkan diri dalam masyarakat dan tabah jika ia mengalami kesakitan adalah lebih baik daripada seorang yang mengasingkan diri dan bermasam muka atas kesusahan yang diakibatkan oleh orang lain.”

(Riwayat Al-Tarmizi)

Dan sabda Rasulullah s.a.w lagi maksudnya:

“Orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain); dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah; memasukkan rasa kebahagiaan ke atas seorang Muslim, menyelamatkannya daripada penderitaan, melunaskan hutangnya atau mengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk di dalam masjid sebulannya lamanya.”

(Riwayat Al-Tabarani)

Ciri-ciri pengorbanan ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadith daripada Kitab Syarah Hadith oleh Imam Ibn Al-Arabi.

“Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, nescaya Allah akan memenuhi hajatnya.”

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:

riwayat-bukhari

“Seseorang tidak dianggap beriman sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”

(Riwayat Bukhari)

PRINSIP SALING MENJAMIN

Konsep saling menjamin banyak didapati melaui hadith-hadith sahih. Antara hadith yang menunjukkan bagaimana anggota masyarakat patut beramal.

Sehubungan ini Rasulullah s.a.w, bersabda:

riwayat-bukhari-menjamin1

“Seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang mana tiap-tiap bahagian dalam bangunan itu saling mengukuhkan bahagian yang lain.”

(Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w. juga telah meletakkan sistem jaminan sosial dalam bentuk beberapa sistem yang dijalankan di zaman tersebut. Ini termasuklah sistem al-qasamah yang diperkenalkan oleh Baginda sendiri dan sistem aqilah yang telah wujud sejak zaman jahiliah lagi.

Sistem al-qasamah diperkenalkan untuk memelihara kehilangan nyawa seseorang dalm kes qisas. Menurut jumhur ulama, apabila berlaku pembunuhan terhadap seseorang, sedangkan tidak diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah dilakukan sumpahan sebanyak lima pupul (50) orang. Jika tidak terdapat lima puluh (50) orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh (50) kali.

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang muslimin.

Berdasarkan kepada pengajaran dan contoh-contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w., para ulama mencadangkan agar prinsip-prinsip tersebut digunakan di dalam sistem takaful.

Mereka juga menyarankan agar beberapa syarat ditetapkan bagi memastikan agar sistem takaful benar-benar mengikut landasan Islam.

Menurut mereka, khususnya Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, jaminan yang sepatutnya terdapat dalam sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Setiap ahli yang menyerahkan wang sumbangannya harus disertai dengan niat untuk membantu demi menegakkan prinsip ukhuwah. Sebahagian daripada wang yang terkumpul digunakan untuk membantu mereka yang memerlukannya.
  • Apabila wang itu diperniagakan, hendaklah mengikut syara;contohnya melabur di dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syara.
  • Seseorang itu tidak boleh menyerahkan wang sumbangannya dengan tujuan untuk mendapat imbalan yang berlipat ganda apabila terjadi sesuatu musibah; tetapi ia diberikan pampasan menurut persetujuan.
  • Tabarru sama dengan hibah atau pemberian. Sehubungan dengan ini haram hukumnya ditarik kembali. Jika terjadi sesuatu peristiwa haruslah diselesaikan menurut syara.

Konsep Asas Takaful

May 5, 2009

Konsep takaful menggambarkan satu rancangan insurans berasaskan kepada hubungan persaudaraan Islam, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta. Tambahan pula konsep ini boleh membezakan insurans yang sesuai dengan Islam dengan insurans konvensional.

Falsafah takaful menekan kepada keikhlasan dan di bawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada tabarru yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan takaful yang berkenaan.

Dengan kata lain, konsep takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang eart secara Islam di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugian yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian dan sebagainya yang menimpa di kalangan mereka.

Dengan ini semangat takaful menekankan kepada kepentingan persaudaraan antara peserta. Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud di kalangan peserta takaful.

Definisi Takaful

May 5, 2009

Kata dasar bagi perkataan ‘takaful’ ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘takaful’ merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’ maka ianya bererti ‘saling menjamin’, ‘saling menjaga’ dan ‘saling memelihara’.

Banyak lagi maksud bagi perkatan ‘takaful’ tetapi perbincangan di sini hanya difokuskan kepada maksud yang berkaitan dengan perlindungan sesuai dengan konsep insurans yang diamalkan.

Di dalam Al-Quran terdapat perkataan-perkataan ‘kafala’ dan ‘yakfulu’ yang memberi makna ‘memelihara’ atau ‘menjaga’.

Sebagai contoh, Allah S.W.T. berfirman:

ali-imran-37

“Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya (penjaganya)…”

(Surah Ali-Imran: 37)

Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T. berfirman:

al-qasas-12

“Dan Kami cegah Musa daripada menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusukannya sebelum itu; maka berkatalah saudara Musa; ‘Mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?”

(Surah Al-Qasas: 12)

Hello world!

April 17, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!